Covid-19: Notis Jangan Keluar Rumah jelas menyatakan tempoh bermula pada hari kepulangan seseorang ke S’pura, ICA
Mar 28, 2020 | 10:42 PM
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata ia telah menyatakan dengan jelas dalam Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) bahawa tempohnya bermula pada hari kepulangan seseorang itu ke Singapura.
Mereka yang dikeluarkan dengan notis ini juga dikehendaki mengakui notis itu, termasuk keperluan ditetapkan seperti bagaimana notis itu mengambil kesan serta-merta, kata ICA kepada The Straits Times.
Beberapa pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Changi berkata adalah tidak jelas kepada mereka bila tempoh notis itu bermula.