Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: NSF antara 11 kes baru dalam masyarakat tanpa kaitan

May 17, 2021 | 11:37 PM



SEORANG anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) merupakan antara 11 kes baru jangkitan Covid-19 dalam masyarakat yang tidak mempunyai kaitan dengan kes-kes lain hari ini (17 Mei).



Lelaki warga Singapura berusia 20 tahun itu mengalami selesema pada 12 Mei lalu tetapi tidak mendapatkan rawatan sehingga 16 Mei apabila beliau juga mengalami batuk.



Beliau diuji positif Covid-19 walaupun telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 nya.

Beliau kini dirawat di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH).



Oleh kerana beliau berada di Kem Sungei Gedong pada 14 Mei lalu, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah mengambil langkah berjaga-jaga dan membersihkan serta menyahjangkit premis di mana NSF itu berada.



Semua kontak dekatnya juga telah melalui ujian swab dan kini dikuarantin.



Sementara itu, terdapat 21 kes baru dalam masyarakat secara keseluruhannya hari ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.



Tiada kes di dormitori pekerja migran dan terdapat tujuh kes import yang sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).



Terdapat 10 pesakit yang telah dikaitkan dengan kes sebelum ini, kata MOH.



Antaranya, seorang lelaki berusia 62 tahun yang dikaitkan dengan kelompok di Pusat Beli-belah White Sands di Pasir Ris. Terdapat empat kes dalam kelompok tersebut.



MOH menawarkan ujian Covid-19 percuma bagi orang awam yang telah mengunjungi pusat beli-belah itu antara 2 Mei dengan 11 Mei.



Kementerian tersebut akan menghantar SMS mengandungi maklumat bagaimana hendak menempah slot bagi ujian tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >