Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Orang yang beratur lama di pasar boleh cetus kelompok jangkitan baru, kata Masagos

Apr 19, 2020 | 08:08 PM



 



 



ORANG ramai yang beratur sekian lama untuk memasuki pasar tumpuan ramai mencetus keprihatinan kerana ia boleh menjadi kelompok jangkitan Covid-19 yang baru, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Encik Masagos akur, dalam tempoh pemutus litar ini,  lebih ramai keluarga kini menyediakan makanan di rumah dan perlu ke pasar raya atau pasar basah untuk membeli bahan mentah.  



Namun, adalah penting kita berbuat demikian di luar waktu sibuk, bukan pada hujung minggu dan di pasar yang kurang menjadi tumpuan, kata Encik Masagos.



Memberi contoh, Encik Masagos ada sekitar 200 orang yang beratur untuk memasuki Pasar Geylang Serai sekitar 8 pagi pada Ahad (19 April). Masa menunggu adalah sekurang-kuranngya 30 minit.



Sebaliknya, kata Encik Masagos, tiada orang beratur di Pasar Tekka di Little India dan orang hanya perlu menunggu 10 minit untuk memasuki pasar di 505 Jurong West.



“Kita perlu sentiasa berwaspada dalam menentang penyakit yang amat mudah berjangkit ini. Inilah sebabnya EO dan SDA sentiasa berjaga-jaga dan tegas dalam menguruskan orang ramai dan memastikan jarak selamat di pasar,” kata Encik Masagos.



Dalam pada itu, lebih  240 individu boleh didenda kerana tidak mematuhi peraturan jarak selamat pada Ahad (19 April) dan lagi 120 pula boleh didenda kerana tidak memakai pelitup di luar rumah, bilangan yang meningkat berbanding hari sebelumnya, kata Encik Masagos.



Lebih 10 pula boleh dikenakan denda $10,000 kerana tidak mematuhi peraturan jarak selamat berulang kali, termasuk tidak memakai pelitup di tempat awam. 



“Saya gesa setiap orang untuk duduk di rumah. Jika anda perlu keluar rumah, ingat untuk memakai pelitup dan sentiasa patuhi peraturan jarak selamat. Jangan berada di luar rumah lebih lama daripada yang sewajarnya… ini adalah cara terbaik melindungi diri kita sendiri dan orang di sekeliling kita,” kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >