Covid-19: Pakej bantuan latihan bagi pekerja sektor penerbangan
NTUC sedia dana tambahan $500,000 bantu syarikat hantar pekerja tingkat kemahiran, kecekapan
Mar 03, 2020 | 05:30 AM
UNTUK mengurangkan impak jangkitan koronavirus Covid-19, pendanaan latihan dan pakej sokongan tambahan telah diumumkan bagi membantu syarikat pengangkutan udara membiayai kos perniagaan dan melindungi pekerja dalam industri itu.
Inisiatif tersebut ialah kerjasama antara SkillsFuture Singapura (SSG), agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG), Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Kelompok Aeroangkasa dan Penerbangan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).