Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Covid-19: Pantauan proaktif MOH kenal pasti 9 kes baru masyarakat; 285 dibenar pulang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Covid-19: Pantauan proaktif MOH kenal pasti 9 kes baru masyarakat; 285 dibenar pulang

Jul 20, 2020 | 11:34 PM

DARIPADA sejumlah 11 kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat, sembilan dikenal pasti hasil pemantauan dan imbasan proaktif Kementerian Kesihatan (MOH).

Baki dua kes masyarakat yang dikenal pasti hari ini (Isnin, 20 Julai)  pula sudah dikuarantin sebelum ini. 

Demikian jelas MOH dalam kenyataannya malam ini (20 Julai). Menurut kenyataan itu, sembilan kes tidak menampakkan sebarang tanda sakit manakala enam kes pula berkait dengan kes atau kelompok yang dikesan sebelum ini.

Daripada jumlah ini, dua daripadanya, kes 48059 dan 48102 sudah dikenal pasti sebagai kenalan kes lain yang sudah disahkan sebelum ini dan telah dikuarantin.

MOH menambah, mereka juga sudah diuji sewaktu kuarantin bagi menentukan status mereka. Baki empat kes (48041, 48042, 48043 dan 48044) pula tidak menampakkan kesan sakit dan telah dikenal pasti sewaktu proses imbasan pekerja dalam khidmat penting yang menetap di luar dormitori.

Lima kes masyarakat yang dikesan pula tidak ada kaitan dengan kes sebelum ini, tidak menampakkan tanda sakit dan dikenal pasti daripada proses imbasan proaktif.

Dua kes (48046 dan 48047) pula sudah menjalani ujian ‘swab’ memandangkan mereka bekerja dalam khidmat penting.

Baki tiga kes (48056, 48057 dan 48058) pula diuji sebagai sebahagian usaha MOH mengimbas individu yang bertugas dalam barisan hadapan operasi menentang Covid-19.

Sehingga 12 tengah hari tadi (20 Julai), 123 kes Covid-19 baru dikesan.

MOH juga menambah, 285 pesakit Covid-19 sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Masih terdapat 183 kes lagi dirawat di hospital, dengan sebilangannya dalam keadaan mantap dan beransur pulih.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3