Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Pasangan yang makan di empat restoran antara tiga individu diuji positif varian Omicron dalam ujian awal

Dec 16, 2021 | 12:32 AM



 





TIGA lagi orang diuji positif varian Omicron Covid-19 dalam ujian awal, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (15 Dis).



Kesemua kes tersebut telah lengkap divaksin dan mempunyai simptom ringan atau tidak mengalami simptom. Mereka sedang pulih di wad pengasingan di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID). 



Salah satu merupakan kes tempatan, satu lagi kes import dan yang ketiga adalah kontak rapat kes import.



Kes tempatan melibatkan seorang lelaki berusia 54 tahun yang bekerja sebagai pembantu khidmat kabin pesawat di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi. Dia tidak mempunyai kontak dengan penumpang penerbangan.



“Lelaki itu diuji bagi COVID-19 pada 14 Dis sebagai sebahagian daripada ujian rutin berjadual dan keputusan ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) lelaki itu kembali positif bagi COVID-19,” kata MOH.



Kes import merupakan seorang lelaki berusia 36 tahun yang melakukan perjalanan ke Singapura melalui Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) dengan Amerika Syarikat (AS).



“Ujian sebelum berlepas di AS pada 6 Dis adalah negatif bagi jangkitan Covid-19, begitu juga ujian PCR semasa ketibaannya pada 8 Dis,” kata MOH.



Bagaimanapun, beliau disahkan positif Covid-19 bagi ART di bawah pengawasan pada 10 Dis, dan keputusan ujian PCR beliau juga didapati positif pada 11 Dis.



Sementara itu, isterinya juga disahkan positif Covid-19. Wanita berusia 34 tahun itu tidak mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini. 



Menurut MOH, beliau dikuarantin pada 14 Dis selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat, dan disahkan positif Covid-19 pada hari yang sama. 



Pasangan itu telah makan di empat restoran buat dua hari berturut-turut -  Mizuki di Ngee Ann City dan Li Bai Cantonese Restaurant di Sheraton Towers Singapore pada 8 Dis, dan Merci Marcel di Palais Renaissance serta Signs A Taste Of Vietnam Pho di Orchard Gateway pada 9 Dis.



“Semua pengunjung ke premis berkenaan dinasihatkan memantau kesihatan mereka dengan rapi, dan mengurangkan interaksi sosial sebaik mungkin, selama 14 hari dari tarikh lawatan atau interaksi mereka. Mereka digalakkan berjumpa doktor dengan segera jika berasa tidak sihat.” kata MOH lagi.



“Semua kakitangan restoran yang berhubungan dengan pelanggan, serta pelanggan dengan masa daftar masuk/keluar SafeEntry yang bertepatan dengan pasangan itu berada di restoran, akan diberikan amaran risiko kesihatan oleh MOH,” kata kementerian itu.



MOH juga akan menghubungi individu berkenaan untuk menjalani operasi ujian PCR disasarkan sekali sahaja.



“Makmal Kesihatan Awam Nasional sedang menjalankan penjujukan genom keseluruhan untuk tiga kes tersebut bagi mengesahkan varian virus,” kata MOH.



Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes akan diletakkan di bawah kuarantin 10 hari di kemudahan khas dan menjalani ujian PCR pada permulaan dan akhir tempoh kuarantin mereka.



Sehubungan itu, Singapura melaporkan 474 kes baru Covid-19 dan tiga lagi individu menjadi korban terkini virus itu di sini sehingga tengah hari Rabu (15 Dis).



Kematian terbaru menjadikan angka korban akibat Covid-19 di Singapura kepada 807.



Jumlah kes di Singapura kini mencecah 274,617. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >