Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Covid-19: Pek jagaan diagih kepada pegawai barisan hadapan

Jun 01, 2020 | 06:47 PM

LEBIH 20,000 pegawai barisan hadapan telah menerima pek jagaan yang mengandungi sanitizer tangan, pelitup dan tisu basah, hasil sebuah inisiatif yang dijalankan Rangkaian Sukarelawan Home Team.

Para sukarelawan itu membungkus barang-barang tersebut, yang kemudiannya diagihkan kepada pegawai barisan hadapan daripada agensi pemerintah dan Pusat Pekerja Asing beberapa hari lalu.
Setiap pek juga mengandungi mesej mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai itu, lapor The Straits Times.

Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, yang telah mempelopori inisiatif tersebut berkata:

"Ini merupakan perlawanan jangka panjang jadi sokongan bagi keluarga pegawai barisan hadapan adalah genting."

Pek-pek tersebut telah ditaja oleh Persekutuan Persatuan Suku Kaum Cina Singapura (SFCCA), Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI), Singapore Airlines, Yayasan Temasek dan projek masyarakat Masks Sewn with Love.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3