Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Pekerja gedung Courts (Funan), jurubank DBS, pembantu klinik antara 11 kes masyarakat tanpa kaitan kes terdahulu

May 18, 2021 | 11:55 PM



SEBANYAK 11 kes jangkitan Covid-19 baru dalam kalangan masyarakat tiada kaitan dengan kes atau kelompok sebelum ini.



Baki 16 kes masyarakat pula bersangkut-paut dengan kes yang dilaporkan sebelum ini.



Dalam kenyataannya pada Selasa malam (18 Mei), Kementerian Kesihatan (MOH) menjelaskan 11 kes yang dikenal pasti menerusi pengawasan terdiri daripada:



1. Wanita Singapura berusia 46 tahun yang bertugas sebagai jurubank pelaburan di DBS, Marina Bay Financial Tower. 



2. Wanita Singapura berusia 57 tahun yang bertugas di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA). Beliau didapati positif varian B.1.617 buat sementara waktu. Kes ini sudah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 pada 8 Mei.



3. Wanita Singapura yang berusia 95 tahun dan merupakan pesara. Dirawat di Hospital Besar Changi bagi penyakit lain tetapi didapati positif Covid-19.



4.  Wanita Singapura berusia 39 tahun yang bertugas sebagai pengurus di agensi pekerjaan Corner Stone Global Partners Pte Ltd. Beliau bertugas di rumah sejak 11 Mei.



5. Lelaki warga Malaysia berusia 35 tahun yang bertugas sebagai kru dapur di Kota Zheng Zong Bak Kut Teh (Serangoon Gardens).



6. Wanita Singapura berusia 51 tahun yang bertugas sebagai pembantu klinik di Dorothy's Baby & Child Clinic. Beliau sudah menerima suntikan vaksin pertama pada 15 April dan suntikan kedua pada 14 Mei.



7. Lelaki Singapura berusia 31 tahun yang bertugas di gedung Courts (Funan).



8. Lelaki warga China berusia 43 tahun yang bertugas di Jin Tai Fong Industries Pte Ltd.



9. Lelaki Singapura berusia 40 tahun yang bertugas sebagai pengisi mesin layan diri di Warburg Pte Ltd dan pengirim makanan Deliveroo dan Grab. Beliau telah menerima suntikan vaksin pertama pada 3 April dan suntikan kedua pada 24 April.



10. Wanita Singapura berusia 38 tahun yang bertugas sebagai penganalisis di HSBC dan bekerja dari rumah sejak 6 Mei. Beliau menerima suntikan pertama vaksin pada 10 Mei.



11. Lelaki warga Malaysia berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pegawai logistik di DCSS Technology Pte Ltd.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >