PELAJAR yang terlepas menduduki peperiksaan bahasa ibunda peringkat ‘O’ dan ‘A’ Jun disebabkan pandemik Covid-19 akan dinilai sewajarnya, menurut Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB).
Terdapat pelajar yang terlepas menduduki peperiksaan itu kerana diuji positif Covid-19, atau dikenakan arahan kuarantin atau jangan keluar rumah.
Menurut akhbar The Straits Times, pertimbangan khas akan diberi kepada calon pelajar yang terjejas, dan mereka perlu menduduki ujian lisan dan kefahaman mendengar yang dijadualkan bulan ini.
Beberapa pelajar telah diuji positif semasa tempoh peperiksaan bertulis dan Selasa lalu empat lagi kes - dari Sekolah Menengah Bedok View, Sekolah Rendah East Spring, Sekolah Rendah Jurong West dan Sekolah Menengah Jurong West - diumumkan.
Pelajar yang mempunyai kaitan dengan kes yang telah disahkan di sekolah-sekolah juga diberi arahan untuk tidak hadir selama 14 hari oleh Kementerian Pendidikan (MOE) atau perintah kuarantin di rumah oleh Kementerian Kesihatan.
SEAB berkata ia akan memberikan gred bagi peperiksaan bertulis bagi calon-calon yang terjejas dengan menilai berdasarkan beberapa sumber bukti.
Ini termasuk prestasi calon dalam peperiksaan lain berkaitan subjek yang sama, seperti ujian lisan dan mendengar, prestasi kohort dalam peperiksaan yang sama, dan juga penilaian oleh sekolah calon tersebut.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Covid-19: Pelajar terlepas peperiksaan bahasa ibunda Jun akan dinilai sewajarnya
Jul 12, 2020 | 10:22 PM