RANCANGAN menaik taraf dan memindahkan dua sekolah menengah dan empat maktab rendah (JC) ditangguh setahun akibat langkah pencegahan yang dilaksana bagi mengekang penularan Covid-19.
Langkah pencegahan itu menjejas rancangan desain, penghasilan dan penghantaran bahan binaan, serta pekerja dan kerja binaan, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan semalam.