Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Covid-19 pemangkin pekerja asing di S'pura dakap wadah tanpa tunai

May 13, 2020 | 09:15 PM

PANDEMIK Covid-19 telah mempercepat peralihan pekerja asing di Singapura yang terkurung dalam asrama kepada wadah tanpa tunai seperti perbankan digital.

Langkah ini diusahakan bagi memastikan gaji golongan ini dibayar dan mereka dapat mengirim wang pulang.

 Sejak April lalu, POSB telah membuka sekitar 41,000 akaun bank bagi pekerja asing.

Angka ini lebih tiga kali ganda berbanding permohonan membuka akaun baru yang diterimanya sebelum ini, iaitu antara 11,000 dengan 13,000 akaun.

Peningkatan ini difahami berlaku selepas Kementerian Tenaga Kerja (MOM) bulan lalu, menasihatkan majikan membayar gaji pekerja asing di asrama secara elektronik.

Selain itu, urus niaga perbankan lain yang biasa dilakukan pekerja asing, seperti menambah nilai kad prabayar telefon dan mengirim wang pulang, juga boleh dilaksanakan secara tanpa kontak.

POSB pada Rabu (13 Mei) berkata sekitar 500,000 pekerja asing kini telah membuka aakaun dengan bank itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3