Covid-19: Pembantu kru SIA kes tunggal masyarakat, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:43
Syuruk
7:01
Zuhur
1:06
Asar
4:19
Maghrib
7:11
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Covid-19: Pembantu kru SIA kes tunggal masyarakat

Feb 24, 2021 | 10:35 PM

SEORANG pembantu rumah asing warga Indonesia adalah antara tujuh kes jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (24 Februari).

Satu-satunya kes masyarakat yang dikesan pada Rabu ini merupakan pembantu rumah yang digajikan seorang pramugari Singapore Airlines (SIA) dan suaminya yang disahkan positif Covid-19 sebelum ini.

Wanita ini dikuarantin pada 9 Februari selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat pramugari itu.

Ujian swab yang dijalani pada 9 Februari didapati negatif Covid-19. Ujian serologi pada hari yang sama juga negatif.

Beliau bagaimanapun mula batuk pada 20 Februari sewaktu kuarantin tetapi tidak melaporkannya kepada MOH.

Berita Popular

Pada 22 Februari, beliau menjalani ujian Covid-19 yang didapati positif keesokan harinya. Pembantu rumah ini kemudian dihantar ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dengan ambulans.

Ujian serologi menandakan wujud jangkitan baru. Beliau juga diuji positif buat masa ini bagi strain virus B117 yang dikatakan lebih mudah menjangkiti orang lain. Hasil ujian pengesahan lanjutan kini dinantikan.

Baki enam kes lain merupakan kes import. Dalam kalangan kes import ini termasuk dua pemegang pas lawatan jangka pendek. Salah seorang daripada mereka tiba dari Sri Lanka bagi mengunjungi anggota keluarga yang bertugas di sini.

Seorang yang lain pula adalah kru kapal dari Malaysia yang menaiki kapal ke sini. Beliau diuji positif ketika di kapal tetapi beliau tidak turun dari kapal itu.

Semua kes import sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura. Mereka diuji ketika menjalani SHN atau sewaktu diasingkan.

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map