Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Pembantu rumah Indonesia kes tunggal masyarakat baru

Mar 11, 2021 | 11:01 PM



SATU-SATUNYA kes jangkitan Covid-19 baru dalam masyarakat melibatkan pembantu rumah Indonesia berusia 37 tahun.



Dalam kenyataan pada Khamis malam (11 Mac), Kementerian Kesihatan (MOH) berkata wanita itu tiba di Singapura pada 20 Januari dan menjalani tempoh Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di sebuah kemudahan khusus hingga 3 Februari.



Kes ini tiada kaitan dengan kes lain. Ujian swab dijalani pada 2 Februari sewaktu SHN dan didapati negatif Covid-19. Ujian prakeberangkatan Covid-19 yang diambil di Indonesia pada 18 Januari juga negatif.



Pembantu ini tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan dan dikesan menghidap koronavirus pada 9 Mac sebagai satu siasatan MOH terhadap kes pembantu rumah lain yang dikesan positif.



Sebagai langkah berjaga-jaga, MOH mengendalikan ujian buat semua peserta program penyesuaian diri yang dijalani pembantu rumah asing pada 4 Februari. Sesi itu dihadiri kedua-dua pembantu rumah berkenaan.



Hasil ujian ini didapati positif dengan pembantu rumah itu kemudian digegaskan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit. Ujian serologinya juga positif, menandakan kemungkinan wujud jangkitan sebelum ini.



Bagaimanapun, memandangkan MOH tidak dapat mengesahkan tarikh jangkitan yang sahih, ia telah mengambil tindakan kesihatan awam yang diperlukan sebagai langkah berjaga-jaga.



MOH menambah hasil siasatan epidemiologi, dua kes pembantu rumah ini didapati dijangkiti secara berasingan sebelum ini. Tiada bukti dua kes ini berkaitan.



Sementara itu, terdapat tujuh kes import jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti pada Khamis. Seorang daripada mereka adalah warga Singapura yang kembali dari Qatar. Seorang yang lain adalah pemegang pas pelajar dari India.



Seorang pemegang pas lawatan jangka panjang dari India juga antara tujuh kes import baru. Baki empat kes melibatkan empat pemegang permit kerja dari Bangladesh, India dan Malaysia.



Sementara itu, lagi 28 kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Manakala 21 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.



Bagaimanapun, satu kes masih dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >