Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Pembantu rumah Myanmar kes tunggal masyarakat

Apr 04, 2021 | 08:18 AM



Seorang pekerja domestik dari Myanmar berusia 24 tahun merupakan satu-satunya kes jangkitan dalam masyarakat yang dilaporkan di Singapura pada Sabtu (3 April). 



Sebanyak 18 kes Covid-19 telah dilaporkan termasuk 17 kes import, kata Kementerian Kesihatan (MOH). 



Kes tunggal dalam masyarakat itu tiada kaitan dengan kes lain, tetapi adalah kontak rapat dengan seorang lagi pembantu Myanmar yang disahkan positif minggu lalu, semasa di luar tempoh berjangkit. 



Kata MOH, kes 61508 itu tiba dari Myanmar pada 30 Januari dan menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di sebuah kemudahan khusus sehingga 13 Februari. Beliau disahkan negatif pada 12 Februari. 



Beliau kemudian berpindah ke rumah penginapan untuk pekerja domestik asing sementara menantikan tugasannya dan tidak meninggalkan tempat itu sehingga berpindah ke kediaman majikannya pada 9 Mac.



Menurut MOH, wanita yang asimptomatik itu dikesan apabila dikenakan ujian swab pada 1 April sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas kes 61184, iaitu pekerja domestik dari Myanmar berusia 26 tahun yang disahkan dijangkiti  Covid-19 pada 25 Mac. 



Sementara itu, tiga daripada 17 kes import, merupakan penduduk tetap Singapura yang pulang dari Brazil, India dan Ivory Coast.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >