Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Pemegang pas kerja warga India kes tunggal masyarakat baru S'pura

Mar 12, 2021 | 10:38 PM



SATU-SATUNYA kes Covid-19 dalam masyarakat yang dilaporkan pada Jumaat (12 Mac) melibatkan seorang warga India yang memegang pas kerja.



Lelaki berusia 36 tahun itu tiba dari India pada 16 Januari lalu dan telah menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di sebuah kemudahan masyarakat hingga 30 Januari, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada lewat Jumaat malam.


Ujian yang diambil pada 29 Januari ketika masih menjalani SHN menunjukkan beliau negatif Covid-19.


Sejak itu beliau telah bertugas sebagai jurutera IT di Deutsche Bank tetapi telah bekerja dari rumah sejak tiba di Singapura.


Pada 1 Mac, beliau mengalami selesema dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik umum (GP) pada hari sama.


Memandangkan beliau enggan diuji bagi Covid-19, beliau diberi cuti sakit lima hari dan dinasihatkan kembali untuk melakukan ujian sekiranya belum pulih.


Beliau kemudian dikesan pada 11 Mac apabila mengambil ujian Covid-19 sebelum keberangkatan dalam persiapan bagi perjalanannya ke India.


Ujian itu menunjukkan keputusan positif, dan beliau dihantar ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) menaiki ambulans.


Ujian serologinya positif, menunjukkan kemungkinan jangkitan lalu.


"Kami menggesa semua orang memainkan peranan mereka untuk mengurangkan risiko penyebaran. Mereka yang dinasihatkan oleh doktor untuk diuji bagi Covid-19 harus melakukan demikian, walaupun mereka hanya menunjukkan simptom awal atau ringan," kata MOH.


Lagi sembilan kes yang diimport turut disahkan pada Jumaat, melibatkan satu pemegang pas pelajar yang tiba dari Indonesia dan dua pemegang pas kerja yang datang dari Indonesia dan Switzerland.


Lagi empat kes melibatkan pemegang pas kerja yang datang dari Indonesia dan Filipina, dan baki dua kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang datang dari Kemboja dan Indonesia.


Sementara itu, lagi 11 kes jangkitan Covid-19 telah pulih dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.


Secara keseluruhan, 59,950 kes telah sembuh sejauh ini.


Lagi 21 kes masih dirawat di hospital, termasuk satu yang berada dalam keadaan kritikal.


Seramai 80 pesakit diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.


Sejumlah 29 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh jangkitan Covid-19 sejauh ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >