Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Covid-19: Pemerintah tangani 60 kes kepalsuan tahun lalu

Feb 03, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH menangani lebih 60 kejadian spekulasi, khabar angin, penipuan dan kepalsuan berkaitan pandemik Covid-19 pada tahun lalu.



Ini dilakukan dengan menggunakan pelbagai respons, daripada komunikasi awam hingga tindakan undang-undang, termasuk Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma), kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran.



Beliau berkata tumpuan utama pasukan petugas berbilang kementerian untuk menangani Covid-19 dan agensi pemerintah adalah untuk memberikan maklumat terkini yang tepat daripada sumber boleh dipercayai dalam cara yang tepat pada masanya dan telus.



Ini demi memastikan rakyat mempunyai maklumat, dan untuk menenangkan kebimbangan yang timbul akibat maklumat salah sedemikian.



Contohnya, Encik Iswaran berkata pemerintah mengongsi maklumat dan penjelasan secara kerap menerusi media, laman pemerintah, media sosial, dan saluran Gov.sg di WhatsApp dan Telegram.



Beliau menambah bahawa pemerintah sedang memantau secara aktif bagi maklumat salah berkaitan vaksin, dan sekiranya terdapat sebab untuk bertindak, "kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas di bawah undang-undang".



"Pendidikan awam adalah penting dalam program vaksinasi kami. Kami mahu memperkukuh daya tahan kita terhadap maklumat salah mengenai vaksin dengan meningkatkan pemahaman tentang vaksin Covid-19 dan memaparkan kepalsuan.



"Ini agar rakyat Singapura boleh membuat keputusan berdasarkan fakta bagi keselamatan dan kesihatan diri mereka, orang tersayang dan masyarakat," kata Encik Iswaran di Parlimen semalam.



Menjelas lanjut, beliau berkata pelbagai wadah dan bahasa digunakan untuk menyebarkan maklumat penting tentang vaksin Covid-19 kepada segenap lapisan masyarakat.



Sejak beberapa minggu lalu, maklumat berkenaan vaksinasi dikongsi melalui wawancara akhbar, televisyen dan radio, serta media sosial, platform mesej langsung, dan Gov.sg.



Media setempat turut menerbitkan laporan dan ruang soal jawab (FAQ) untuk menangani keprihatinan dan soalan mengenai vaksin.



Encik Iswaran menambah bahawa pemerintah juga bekerjasama dengan syarikat teknologi utama demi memastikan sumber rasmi, termasuk laman Kementerian Kesihatan (MOH), ditonjolkan pada platform mereka.



Sedang Singapura mula memberikan vaksin kepada warga emas kini, relawan masyarakat Persatuan Rakyat (PA) dan Duta Generasi Warga Emas akan melakukan lawatan ke rumah untuk berkomunikasi dengan warga emas dan menjawab pertanyaan mereka mengenai vaksin itu.



"Setiap daripada kita mempunyai peranan untuk menghentikan penyebaran maklumat salah. Kita harus memeriksa bahawa maklumat yang kita terima itu datang daripada sumber boleh dipercayai, berusaha mengesahkannya sebelum berkongsi, dan tidak mengongsi maklumat tidak disahkan.



"Adalah penting, terutamanya sewaktu krisis ini, bahawa setiap daripada kita melakukan perkara yang betul," kata Encik Iswaran.




"Pendidikan awam adalah penting dalam program vaksinasi kami. Kami mahu memperkukuh daya tahan kita terhadap maklumat salah mengenai vaksin dengan meningkatkan pemahaman tentang vaksin Covid-19 dan memaparkan kepalsuan. Ini agar rakyat Singapura boleh membuat keputusan berdasarkan fakta bagi keselamatan dan kesihatan diri mereka, orang tersayang dan masyarakat."
- Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >