Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG PUNCAK ASIA TECH X SINGAPURA (ATxSG)

Covid-19 pendorong utama teknologi jagaan kesihatan: Panel

Jun 02, 2022 | 05:30 AM



PANDEMIK Covid-19 telah menjadi pendorong utama bidang teknologi dalam jagaan kesihatan, dan masyarakat patut memanfaatkan rentak itu untuk terus meluaskan penggunaan huraian digital dalam sektor tersebut.



Menyatakan demikian, sekumpulan panel pakar menambah antara lain kepercayaan adalah penting untuk terus maju dalam bidang tersebut.



Panel pakar itu terdiri daripada Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, rakan sejawatannya di Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin, ketua pegawai kewangan Doctor Anywhere, Encik Edwin Basuki, dan ketua eksekutif bersama firma perkhidmatan kewangan Ping An Group dari China, Cik Jessica Tan.



"Banyak perkara yang sebelum ini tidak mungkin tercapai sebelum Covid-19 kini mampu dilakukan, dan ia mampu dilakukan kerana alat digital," kata Encik Ong di puncak Asia Tech x yang berlangsung di The Ritz-Carlton, Millenia Singapore.



Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa Encik Ong memetik teleperubatan, yang kini, katanya, amat dialu-alukan di sini selain pangkalan data Singapura berkaitan rakyat yang sudah divaksinasi dan diuji bagi koronavirus.



Memetik bagaimana aplikasi MySejahtera di Malaysia yang telah dimuat turun sekitar 30 juta kali, Encik Khairy berkata:



"Kami tidak pernah mempunyai penduduk yang menggunakan aplikasi ini jika tidak kerana Covid-19."



Para panelis berkata huraian digital akan terus memainkan peranan penting dalam masyarakat.



Cik Tan berkata akan terdapat permintaan yang berlanjutan bagi perkhidmatan jagaan kesihatan yang lebih murah dan lebih pantas, serta para karyawan jagaan kesihatan yang lebih berkelayakan.



Beliau menambah bahawa teknologi boleh membantu dengan permintaan tersebut, bukan dengan menggantikan doktor, tapi dengan memperbaiki akses jagaan kesihatan untuk lebih ramai orang.



Beliau memberikan contoh Ping An Group yang melancarkan khidmat 'butler' atau pelayan tamu untuk membantu menjaga warga senja di China yang tinggal sendirian.



Ia mengingatkan mereka agar bersenam dan menjaga diri mereka sendiri.



Teknologi juga boleh menyokong doktor dengan kerja-kerja mereka, tambah Cik Tan.



Beliau berkata memandangkan terdapat sekitar 1.4 bilion orang di China, terdapat hanya 3.8 juta doktor di sana.



"Itu jelas tidak mencukupi," tambahnya.



Justeru syarikatnya telah membangunkan sistem kecerdasan buatan (AI) yang berfungsi sebagai pemetaan mental tentang bagaimana penyakit patut didiagnos.



Sistem sokongan klinikal itu telah memperbaiki ketepatan diagnosis doktor, ujarnya.



Encik Basuki berkata syarikatnya sedang memikirkan cara bagaimana teknologi boleh digunakan dalam jagaan lanjutan dan beliau berharap orang ramai akan lebih terbuka menerimanya.



"Akhirnya, jagaan kesihatan amat peribadi kepada semua orang... kepercayaan sememangnya penting sekali," katanya.



Beliau berkata meskipun ia penyedia teleperubatan, Doctor Anywhere perlu mempunyai klinik fizikal agar dapat meraih kewibawaan dan kepercayaan pesakit.




"Banyak perkara yang sebelum ini tidak mungkin tercapai sebelum Covid-19 kini mampu dilakukan, dan ia mampu dilakukan kerana alat digital."
- Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, di puncak Asia Tech x yang berlangsung di The Ritz-Carlton, Millenia Singapore.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >