Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Penguatkuasaan langkah jarak selamat diperketat

Apr 09, 2020 | 02:27 PM



PENGUATKUASAAN langkah jarak selamat diperketat Khamis (9 April), iaitu hari ketiga 'pemutus litar' bagi membendung penularan Covid-19 dilaksanakan.


Pegawai Penguatkuasa akan mengambil butiran peribadi sesiapa yang didapati melanggar langkah jarak selamat.


Bagi keselahan pertama, amaran bertulis tegas akan diberikan.


Bagi kesalahan kedua, mereka akan dikenakan denda $300 kerana melanggar perintah kawalan.


Bagi kesalahan ketiga, mereka akan didakwa di mahkamah.


Dalam satu catatan di Facebook, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata kerjasama semua orang diperlukan bagi langkah 'pemutus litar' untuk berkesan.


"Masih ada ramai orang yang tidak mengambil keadaan Covid-19 secara serius.


"Ada yang malah tidak bekerjasama, berkeras mahu makan di kedai makan, tidak memastikan jarak selamat apabila beratur di pasar, dan berkumpul di taman untuk makan atau bersenam berasama-sama," tulis Encik Masagos.


Beliau menggesa semua orang agar membuat pilihan yang tepat, duduk di rumah dan pastikan jarak selamat 1 meter.


"Ingatkan ahli keluarga anda, terutama warga emas, untuk duduk di rumah. Mereka paling mudah terjejas, dan kita perlu melindungi mereka. Ingatkan juga golongan muda, yang tidak ke sekolah dalam tempoh ini, untuk bertemu kawan-kawan mereka di dalam talian, dan tidak berjumpa. Muda atau tua - tiada seorang pun daripada kita yang kebal," tulisnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >