Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Covid-19: Penjual bunga, pelajar RGS antara 5 kes masyarakat baru

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Covid-19: Penjual bunga, pelajar RGS antara 5 kes masyarakat baru

Jan 01, 2021 | 12:30 AM

DUA Penduduk Tetap (PR) Singapura yang merupakan penjual bunga bebas berusia 46 tahun dan seorang pelajar Sekolah Perempuan Raffles (RGS) adalah antara lima kes masyarakat Covid-19 baru yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (31 Disember).

Menurut MOH dalam kenyataannya pada Khamis malam, wanita dan gadis 14 tahun itu menetap di rumah yang sama di Ghim Moh Road.

Mereka merupakan kontak rapat pada kes Covid-19 yang dikenal pasti sebelum ini pada 29 Disember. Kedua-dua kes ini dikuarantin di rumah mereka pada 30 Disember.

MOH menambah, penjual bunga itu menampakkan tanda jangkitan dan digegaskan ke Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dalam ambulans di mana ujian dijalankan. Hasil ujian mengesahkan beliau positif Covid-19 pada keesokan harinya.

Pelajar RGS itu turut dihantar ke NCID, disahkan positif Covid-19 dan menampakkan tanda jangkitan. Kali terakhir dia berada di sekolah adalah 23 Disember.

Dalam pada itu, seorang malim pelabuhan berusia 55 tahun yang bertugas di PSA Marine Pte Ltd (70 West Coast Ferry Road) turut dikenal pasti sebagai salah satu kes masyarakat. 

Tugasnya memerlukannya menaiki kapal untuk mengemudinya di lautan sesak. Beliau menampakkan tanda penyakit dan dikesan menerusi Ujian Rutin Yang Dijadualkan (RRT) ke atas pekerja di dalam sektor binaan, kelautan dan proses pada 28 Disember.

Hasil ujian yang dijalani, beliau didapati positif Covid-19 pada 30 Disember dan digegaskan ke NCID dalam ambulans. Ujian serologi yang dijalani menunjukkan kemungkinan wujud jangkitan buat masa ini. Ujian awal yang dijalani daripada RRT - kali terakhir pada 12 Disember - pula negatif Covid-19.

Malim pelabuhan ini menetap di Marine Crescent dan sering mengunjungi saudara-maranya di blok jiran. MOH menambah, pada 13 Disember, beliau telah berkunjung ke Parkway Parade dengan tujuh lagi individu. 

Siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kes ini telah melanggar langkah pengurusan keselamatan relevan yang ditetapkan.

Dua lagi kes masyarakat yang dikesan pada Khamis adalah wanita Singapura berusia 79 tahun yang merupakan pesara dan seorang lelaki Singapura yang tidak bekerja.

Mereka adalah saudara-mara malim pelabuhan ini yang menetap di Marine Crescent.

Pada 28 Disember, kedua-duanya telah menampakkan tanda jangkitan pernafasan akut dan tidak mendapatkan rawatan perubatan. Pada 30 Disember, mereka diperintahkan menjalani kuarantin selepas dikenal pasti sebagai kontak dekat malim pelabuhan itu.

Kerana mereka sudah menampakkan tanda jangkitan, mereka dibawa ke NCID dalam ambulans dan kemudian diuji positif bagi jangkitan Covid-19.

Pada Khamis, MOH turut mengenal pasti 25 kes import Covid-19 baru, menjadikan jumlah kes baru yang dikesan adalah 30 kes keseluruhannya. Tiada kes dormitori dikenal pasti.

Sementara itu, MOH turut menyenaraikan Kampong Glam Cafe di 17 Bussorah Street dan New Hawa Restaurant di 428 Changi Road sebagai antara tempat yang dikunjungi kes Covid-19.

Kunjungan kes ke Kampong Glam Cafe adalah antara 9.35 pagi dengan 10.15 pagi pada 25 Disember manakala kunjungan ke New Hawa Restaurant adalah antara 10 dengan 11 malam pada 26 Disember.

 

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3