Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Persatuan beri latihan orientasi kepada golongan cacat penglihatan

Sep 30, 2021 | 05:30 AM



MEREKA yang kurang daya penglihatan menghadapi lebih banyak kesukaran dalam menghadapi langkah jarak selamat yang diperkenal bagi mengekang penularan virus Covid-19.



Menurut Persatuan Cacat Penglihatan Singapura (SAVH), ia sedar akan cabaran yang dihadapi golongan ini dalam situasi pandemik, terutama sekali mereka yang perlu bergerak sendiri.



Ia menyediakan latihan orientasi dan pergerakan bagi memenuhi keperluan klien agar mereka mampu menggunakan laluan baru yang disediakan apabila kawasan lain ditutup.



"Golongan cacat penglihatan yang mempunyai penjaga mampu menghadapi situasi ini dengan lebih baik, begitu juga mereka yang dibantu kakitangan SafeEntry atau anggota awam yang sudi membantu," kata SAVH.



Ia menambah pemerintah juga telah mengeluarkan panduan bagi kakitangan penguatkuasa langkah pengurusan keselamatan untuk lebih fleksibel dengan individu kurang upaya.



Encik Dennis Teo, 60 tahun, yang kurang daya penglihatan berkata sukar baginya untuk mematuhi langkah-langkah keselamatan dan sekatan yang dikuatkuasa.



Encik Teo, yang tinggal bersama isteri dan dua anak lelakinya di Geylang, biasanya akan mengunjungi kedai kopi berdekatan rumahnya sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk membeli makanan tengah hari.



Pengurus teknologi maklumat yang sudah bersara itu berkata beliau tidak dapat memastikan tempat duduk mana yang dipangkah bagi jarak selamat.



"Saya boleh pegang dengan tangan jika ada pelekat atau jaring, tapi jika tanda yang diletakkan tidak begitu jelas agak sukar bagi saya," katanya.



"Mujur ada yang membantu apabila mereka lihat saya menghadapi kesukaran, tapi ada juga yang pernah marah apabila saya duduk di tempat duduk yang salah."



Encik Teo buta mata kanannya dan hanya dapat melihat bentuk dan bayang-bayang dengan mata kirinya.



Beliau hilang daya penglihatannya pada usia 53 tahun selepas dehidrasi akibat keracunan makanan.



Bagi Cik Patricia Poo pula, yang hampir buta kededua matanya, penutupan pintu masuk dan keluar di pusat beli-belah yang bertujuan mengawal kesesakan menyebabkan beliau keliru.



"Saya mempunyai peta minda yang mengandungi semua kawasan yang saya kenal. Tapi, apabila beberapa kawasan ditutup, saya tidak dapat bergantung pada laluan yang dihafal dan perlu mencari jalan baru," kata Cik Poo, yang menghidap sclerocornea kongenital, penyakit genetik di mana kornea seseorang legap atau kabur buruk dan menghalang pandangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >