SEORANG wanita Singapura berusia 88 tahun, daripada kelompok jangkitan Covid-19 di Hospital Tan Tock Seng (TTSH), meninggal dunia akibat komplikasi daripada jangkitan itu pada Sabtu (1 Mei). Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pada malam Sabtu wanita itu, kes 62573, telah ditahan di Wad 9D dari 14 April, dan disahkan menghidap Covid-19 pada 28 April. Beliau mempunyai sejarah barah, darah tinggi, sakit jantung, strok dan hiperlipidemia. Secara berasingan, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata Sekolah Menengah Edgefield akan beralih kepada pembelajaran di rumah (HBL) minggu depan, setelah seorang pelajarnya didapati positif Covid-19 pada Jumaat (30 April). MOE berkata pada Sabtu pelajar itu kali terakhir berada di sekolah itu pada Khamis, 29 April, dengan gejala jangkitan pernafasan akut, dan telah segera berjumpa doktor. Pelajar, kakitangan dan vendor luar yang telah berhubungan rapat dengan pelajar tersebut akan dikuarantin, dan premis sekolah akan dibersihkan dan dibasmi kuman, kata MOE. Semua pelajar, kakitangan dan vendor luaran perlu menjalani ujian swab bagi koronavirus itu. |
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Covid-19: Pesakit TTSH maut; Sekolah Menengah Edgefield bakal jalani HBL lepas pelajar positif
May 01, 2021 | 11:42 PM