Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Pilihan jenis vaksin bagi suntikan kini dibenarkan

Apr 14, 2021 | 05:30 AM



WARGA yang mahu memilih vaksin Covid-19 yang ingin diambil kini boleh merujuk ke laman web Kementerian Kesihatan (MOH), yang mengetengahkan senarai penuh pusat vaksinasi dan vaksin yang ada.



Vaksin Moderna telah diagihkan di 11 daripada 38 pusat, manakala yang lain sedang menggunakan produk Pfizer-BioNTech.



Warga boleh memilih pusat vaksinasi atau poliklinik mana yang ingin mereka kunjungi walaupun terdapat notis di laman web itu yang menyatakan bahawa sesetengah pusat vaksinasi mungkin mempunyai tempat terhad "ekoran permintaan yang tinggi bagi vaksinasi Covid-19 di Singapura dan bekalan yang terhad."



Vaksin Pfizer merupakan vaksin Covid-19 yang pertama diluluskan untuk digunakan di Singapura, dengan penghantaran pertama tiba seawal lewat Disember tahun lalu.



Bulan lalu, MOH telah mengumumkan bahawa vaksin Moderna akan dilaksanakan di empat kelab masyarakat termasuk Hong Kah North, Marsiling, Punggol 21 dan Radin Mas.



Lagi tujuh pusat telah ditambah ke senarai tersebut.



Ini termasuk Kolam Ayer, Buona Vista, Potong Pasir, Tampines East, Woodlands, Kebun Baru dan Yew Tee.



Pusat vaksinasi yang lain, poliklinik dan Klinik Kesediaan Kesihatan Awam lalin akan terus menawarkan vaksin Pfizer.



"Setiap pusat vaksinasi akan hanya menyimpan dan memberikan satu jenis vaksin," kata MOH dalam satu kenyataan bulan lalu.



"Para individu perlu memilih pusat vaksinasi yang sama bagi kedua-dua janji temu yang pertama dan kedua, apabila membuat tempahan melalui sistem janji temu nasional."




COVID-19 DI S’PURA – 13 APR



JUMLAH KES BARU: 14

DALAM MASYARAKAT: 0

DIIMPORT: 14

DI DORMITORI: 0

JUMLAH KEMATIAN: 30

JUMLAH KES KESELURUHAN: 60,692 (Hingga 12 tengah hari semalam)



  • Laporan terkini kes Covid-19 setempat di ww.BH.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >