Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Covid-19: PM Lee akan berucap menerusi siaran langsung 4 petang ini

Apr 03, 2020 | 02:55 PM

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan berucap secara langsung pada 4 petang ini, bagi menerangkan kepada rakyat langkah-langkah tambahan yang akan dilaksanakan Pemerintah untuk membendung penularan Covid-19.

"Sejak Covid-19, kami telah memberi respons dengan menanganinya secara tenang dan tersusun, merancang ke depan dan menyesuaikan langkah-langkah sedang keadaan berubah. Situasi masa ini masih dalam kawalan, tetapi kami akan mengambil beberapa langkah lagi," kata Encik Lee dalam notanya di Facebook tadi.

Rakyat Singapura boleh menonton siaran ucapannya di TV dan radio, atau menerusi laman Facebook beliau. 

"Saya ingin memberi jaminan sekali lagi kepada rakyat Singapura bahawa bekalan makanan kita selamat dan mencukupi. Beli apa yang perlu, dan kongsi lebihan yang anda punya dengan mereka yang memerlukan. Kita harus tenang dan bersatu semasa menghadapi tempoh mencabar ini," katanya.

Jumlah kes Covid-19 di Singapura mencecah 1,000 minggu ini, dan sejauh ini meragut lima nyawa. 

Berita Popular

Singapura telah melaksanakan beberapa langkah ketat seperti memastikan jarak selamat dalam memastikan penularan koronavirus dibendung. 

Lewat bulan lalu, Pemerintah telah melaksanakan langkah-langkah ketat, termasuk menutup baru dan tempat-tempat hiburan, menggantung khidmat dan tempat keagamaan selain membataskan perhimpunan di luar tempat kerja dan sekolah kepada tidak lebih 10 orang. 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map