Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Polis Certis Cisco, pekerja Sheng Siong, jururawat Hospital Raffles antara 17 kes masyarakat tanpa kaitan kes, kelompok awal

May 17, 2021 | 12:57 AM



SERAMAI 17 individu yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai positif Covid-19 pada Ahad (16 Mei) dan tiada kaitan dengan kes atau kelompok jangkitan sebelum ini terdiri daripada golongan dari pelbagai latar belakang dan pekerjaan.



MOH, dalam kenyataannya, menjelaskan terdapat 38 kes masyarakat yang dikenal pasti pada Ahad dengan 21 kes berkaitan dengan kes yang dilaporkan sebelum ini.



Semua kes yang tiada kaitan dikesan menerusi operasi pengawasan. 17 kes ini terdiri daripada:



1. Lelaki Singapura berusia 55 tahun yang bertugas sebagai pembantu gudang di Jin Tai Mart.



2.Wanita warga Malaysia berusia 54 tahun yang bekerja di Sms Infocomm (Singapore) Pte Ltd. Buat sementara ini, beliau didapati positif dengan varian B.1.617.



3. Lelaki Singapura yang bekerja sebagai pemandu di KEN Express Services Pte Ltd. Beliau sudah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 pada 9 Mei lalu dan mengalami sakit badan dan selesema. Beliau juga diuji positif buat sementara waktu dengan varian B.1.617.



4. Lelaki Penduduk Tetap Singapura berusia 52 tahun yang bertugas sebagai pegawai polis tambahan di Certis Cisco Security. Lokasi tugasnya di Bank of China di Westgate. Beliau juga diuji positif buat sementara waktu dengan varian B.1.617. 



5. Lelaki Singapura berusia 40 tahun yang bertugas dari rumah sebagai akauntan di 3R Corporation.



6. Remaja lelaki Singapura berusia 18 tahun yang merupakan pelajar Politeknik Singapura. Beliau bertugas sambilan di kedai kerja tangan dan kegiatan si cilik dan keluarga, Star Arts di Westgate.



7. Wanita warga Malaysia berusia 57 tahun yang tidak bertugas. Beliau telah menerima suntikan vaksin pertama pada 19 April lalu. Beliau juga didapati positif buat sementara waktu bagi varian B.1.617. 



8. Jururawat warga Filipina berusia 29 tahun yang bertugas di Hospital Raffles. Beliau tiba dari Filipina pada 1 April lalu. Beliau sudah menerima suntikan vaksin pertama pada 8 Mei.



9. Lelaki Singapura berusia 34 tahun yang bertugas di ST Telemedia Global Data Centres. Beliau juga didapati positif varian B.1.617 buat sementara waktu. 



10. Wanita Penduduk Tetap Singapura berusia 64 tahun yang tidak bertugas. Beliau telah menerima suntikan vaksin penuh dua pusingan pada 24 Mac dan 21 April lalu.



11. Lelaki Singapura berusiA 29 tahun yang bertugas sebagai pereka web digital. Beliau diuji positif varian B.1.617 buat sementara waktu.



12. Lelaki warga Malaysia berusia 28 tahun yang bekerja di Sheng Siong di Blok 440, Bukit Batok West Avenue 8. Lelaki ini telah mendapat suntikan vaksin Covid-19 bagi dua pusingan pada 4 Mac dan 25 Mac.



13. Wanita Portugal berusia 35 tahun yang bertugas sebagai pegawai jualan di  syarikat biofarmaseutikal Sanofi-Aventis.



14. Wanita Penduduk Tetap Singapura berusia 48 tahun yang bekerja di restoran What the Fish di Junction 8 and restoran Pin Xiang Yan di 10 Jurong East Street 12.  



15. Lelaki Singapura berusia 44 tahun yang bertugas di syarikat pembasmi serangga perosak dan khidmat pembersihan Clean Solutions Pte Ltd. Beliau telah menerima suntikan pertama vaksin pada 29 April.



16. Suri rumah warga Singapura berusia 77 tahun. Beliau menerima suntikan vaksin pertamanya pada 7 Mei.



17. Lelaki Singapura berusia 35 tahun yang bertugas sebagai pedagang di Kasino Marina Bay Sands.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >