Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Polis siasat lelaki Melayu berkait insiden berbaur perkauman di video

Apr 18, 2020 | 10:31 PM



 





Polis sedang menyiasat seorang lelaki Melayu berusia 52 tahun kerana mengutarakan perkataan yang bertujuan melukakan perasaan orang dari kaum lain, mengganggu secara sengaja dan melanggar peratuan pemutus litar.



Insiden kurang seminit itu dirakamkan dalam video dan disebar di dalam talian. 



Dalam kenyataannya pada Sabtu (18 April), polis berkata ia telah menerima beberapa laporan mengenai video insiden itu.



“Pegawai dari Divisyen Polis Bedok mengenal pasti lelaki itu dan berjaya menemuinya dalam masa tiga jam,” kata kenyataan itu.



Menurut polis, lelaki itu telah pergi ke kedai runcit di Blok 651 Jurong West Street 61 sekitar 6 petang pada 17 April untuk membeli sepaket susu kacang soya. 



Penyelia kedai itu, seorang wanita Cina, melarangnya memasuki kedai dan enggan menjualnya produk itu kerana lelaki itu tidak memakai pelitup.



Tersinggung, lelaki itu mula melontar kata-kata perkauman dan kesat kepada wanita itu. Beliau juga berkata Covid-19 bersumber dari orang Cina.



“Polis menganggap serius sebarang perbuatan yang boleh mencangam  keharmonian kaum di Singapura. Tindakan tegas dan pantas akan diambil ke atas sesiapa yang menyebut kata-kata yang meyebabkan rasa kurang baik dan ketegangan antara kaum berbeza,” kata polis.



Jika sabit kesalahan bagi tuduhan bersifat perkauman dan mengganggu seseorang,  lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara antara enam bulan dengan tiga tahun atau denda sehingga $5,000, atau kededuanya sekali.



Beliau juga boleh didapati bersalah kerana tidak memakai pelitup di tempat awam, di bawah perintah kawalan Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >