Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 'Porter' CGH dikesan dengan varian Delta antara 23 kes baru

Jun 24, 2021 | 11:13 PM



SEORANG pengangkat barang atau 'porter' di Hospital Besar Changi adalah antara dua kes masyarakat Covid-19 yang tiada kaitan dengan kes sebelum ini dan dikesan sebagai antara 14 kes masyarakat yang dilaporkan pada Khamis (24 Jun).



Dalam kenyataannya pada Khamis malam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata warga Singapura berusia 35 tahun itu tidak menampakkan tanda jangkitan dan dikenal pasti pada 22 Jun selepas menjalani Ujian Rutin Yang Dijadualkan (RRT).



Lelaki ini sudah menjalani vaksinasi pada 14 Januari dan 4 Februari dan buat sementara waktu diuji positif dengan varian Delta yang lebih mudah menjangkiti.



Selainnya, seorang wanita Singapura berusia 78 tahun merupakan satu lagi kes masyarakat tiada kaitan. Pesara itu demam dan selesema pada 22 Jun dan mendapatkan rawatan di klinik umum. Beliau telah menjalani vaksinasi pada 15 Mac dan 8 April.



Sementara itu, 12 kes masyarakat yang dikenal pasti pada Khamis berkaitan dengan kes yang dilaporkan sebelum ini.



Terdapat tiga kes baru dalam kelompok Pasar dan Pusat Makanan Bukit Merah View. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam kelompok ini mencecah 85 orang. Ketiga-tiganya dikesan dalam tempoh kuarantin.



Tiga kes baru ini melibatkan Penduduk Tetap Singapura berusia 34 tahun yang merupakan suri rumah, pekerja sambilan J&T Express berusia 33 tahun dan pelajar Sekolah Menengah Crest berusia 12 tahun.



Kelompok berkait dengan konsultan kewangan Prudential juga sudah bertambah menjadi lapan kes dengan empat kes baru. Mereka terdiri daripada lelaki 22 tahun yang tidak bekerja, pekerja Skyworks Global Pte Ltd, jurutera sofwe NCS Pte Ltd dan pekerja Unity Assurance PAC.



Kelompok baru turut dibentuk di ION Orchard, berkait dengan kes penolong runcit di kedai roti Four Leaves di Ion Orchard dan Ang Mo Kio Hub.



MOH menambah, tiga kelompok - dua berkait dengan individu dan satu lagi di dormitori Harvest@Woodlands ditutup kerana tiada lagi kes dilaporkan dalam tempoh inkubasi selama 28 hari.



Terdapat 23 kes jangkitan Covid-19 baru dikenal pasti pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Singapura menjadi 62,493 kes, tambah MOH.



Sembilan daripada kes baru ini merupakan kes import. Tiada kes dormitori baru dikenal pasti.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >