Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: PR S'pura yang menuntut di UK kes tunggal masyarakat dalam kalangan 34 kes baru

Apr 01, 2021 | 12:03 AM



SEORANG Penduduk Tetap (PR) Singapura berusia 22 tahun yang menuntut di United Kingdom dan pulang ke sini adalah kes tunggal masyarakat yang dikenal pasti dalam kalangan 34 kes jangkitan Covid-19 baru. 



Ini didedahkan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Rabu malam (31 Mac).



Menurut MOH, pelajar lelaki ini pulang ke Singapura pada 11 Januari dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di kemudahan khusus hingga 25 Januari. Beliau kemudian diberi tempoh tambahan mengasingkan dirinya selama tujuh hari di kediamannya hingga 1 Februari.



Ujiannya pada 24 Januari sewaktu SHN dan pengasingan diri pada 29 Januari didapati negatif. Beliau tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan dan dikesan positif Covid-19 ketika menjalani ujian prakeberangkatan pada 30 Mac sebagai persiapan kembali ke United Kingdom.



Hasil ujiannya didapati positif pada hari yang sama. Beliau kemudian digegaskan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit dengan ambulans. Nilai Ct-nya didapati sangat tinggi, menandakan muatan virus rendah manakala keputusan ujian serologinya pula positif.



Satu lagi ujian dikendalikan di Hospital Tan Tock Seng pada 31 Mac dan didapati negatif. Menurut MOH, kes ini mungkin meluputkan cebisan virus RNA daripada jangkitan lalu yang tidak lagi mudah menjangkiti orang lain.



Sungguhpun begitu, memandangkan MOH tidak dapat mengesahkan bila kes ini dijangkiti, tindakan kesihatan awam perlu diambil sebagai langkah berjaga-jaga.



Sementara itu, 33 kes import yang dikesan terdiri daripada seorang PR Singapura yang pulang dari Myanmar, seorang pemegang pas tanggungan serta dua pemegang pas pelajar yang tiba dari India.



Dua kes adalah pemegang pas kerja dari India dan Qatar. 22 kes pula adalah pemegang permit kerja dari Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia dan Filipina. Lapan daripada mereka adalah pembantu rumah asing.



Dua kes merupakan pemegang pas lawatan jangka pendek. Salah seorangnya tiba dari India bagi melawat anggota keluarganya yang merupakan PR Singapura. Seorang lagi datang dari Papua New Guinea bagi projek kerja di Singapura.



Tiga kes pula melibatkan pemegang pas khas yang semuanya kru kapal. Seorang tiba dari Filipina dan berada di kapal sehingga kelihatan tanda jangkitan sebelum beliau digegaskan ke hospital. Baki dua kes pula tiba dari Malaysia dan diuji positif Covid-19 ketika dalam kapal.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >