Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: PR yang telah diberi vaksin dan menjaga ibunya di kemudahan kuarantin antara 5 kes dalam masyarakat

Apr 25, 2021 | 05:50 AM



Satu daripada lima kes Covid-19 yang berlaku dalam masyarakat yang disahkan pada Sabtu (24 Apr) merupakan seorang Penduduk Tetap (PR), 45 tahun, yang menjaga ibunya di satu kemudahan kuarantin pemerintah.

Kementerian Kesihatan (MOH) mengatakan beliau telah menerima dos pertama vaksin pada 26 Februari dan dos kedua pada 19 Mac.

Ibu bapanya telah tiba dari India pada 15 April, dan bapanya didapati positif semasa tiba di Singapura dan dimasukkan ke hospital.

Ibunya ditempatkan di kuarantin dari 16 April hingga 30 April kerana dikenal pasti sebagai kenalan rapat yang berada dalam penerbangan sama bersama dua pemegang pas tanggungan yang telah tiba dari India.

MOH mengatakan bahawa anak wanita itu, yang merupakan eksekutif kanan di Wirana Shipping Corporation, telah meminta untuk menjaga ibunya di kemudahan kuarantin. Wanita itu telah diuji negatif pada 15 dan 17 April.

Si anak kemudian telah pindah ke bilik yang sama dengan ibunya pada 16 April, dan mengalami hidung tersumbat pada hari Jumaat (23 April). Beliau kemudian dibawa ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit pada Sabtu.

MOH mengatakan walaupun vaksin Covid-19 berkesan untuk mencegah penyakit bergejala bagi kebanyakan orang, individu yang telah diberi vaksin masih boleh  dijangkiti.

Empat kes Covid-19 lain yang berlaku dalam masyarakat merupakan  hubungan rapat kepada kes yang telah disahkan sebelumnya, seorang lelaki Indonesia berusia 39 tahun yang merupakan anak kapal yang berada di atas kapal tangki minyak (bunker).

Beliau telah diuji positif pada 16 April bagi  varian B117 yang awalnya dilaporkan oleh Britain dan dikatakan lebih mudah berjangkit.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >