Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Promoter jualan Guardian, pekerja pembersihan dan kru kapal 3 kes baru masyarakat tidak berkait

Jun 11, 2021 | 11:04 PM



SEORANG promoter jualan di farmasi Guardian (ION Orchard) adalah antara tiga kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat yang dikenal pasti pada Jumaat (11 Jun).



Kesemua tiga kes masyarakat ini tiada kaitan dengan kes sebelum ini.



Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan (MOH) menjelaskan wanita berusia 57 tahun itu mula mengalami tekak yang kering pada 7 Jun tetapi tidak mendapatkan rawatan perubatan.



Beliau kemudian mengalami sakit telinga pada 10 Jun dan mendapatkan rawatan di poliklinik serta menjalani ujian pantas antigen (ART) dan ujian reaksi rantaian polymerase (PCR). Kedua-dua ujian ini mengesahkan beliau positif Covid-19.



Selain kes ini, wanita berusia 50 tahun yang bertugas dengan syarikat Campaign Complete Solutions Pte Ltd sebagai pekerja pembersihan di Raffles City Tower dan One Raffles Quay juga antara kes masyarakat yang baru dikenal pasti pada Jumaat.



Beliau tidak menampakkan tanda jangkitan dan dikesan positif koronavirus setelah menjalani ujian pengawasan buat pekerja pembersihan di pusat beli-belah. Kes ini sudah mendapat suntikan vaksin penuh pada 1 Mei dan 29 Mei.



Kes ketiga pula melibatkan lelaki warga Indonesia berusia 38 tahun yang bertugas di Marina Offshore Pte Ltd sebagai kru kapal di atas kapal tunda MARINA ARIEL. Beliau demam dan kemudian hilang deria menghidu dan merasa serta sakit kepala dan menggigil.



Pada Jumaat, enam kes import turut dikenal pasti. Tiada kes dormitori dikesan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >