Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Pusat makanan Boon Lay Place Food Village ditutup hingga 6 Ogos; Kasino MBS ditutup hingga 5 Ogos

Jul 23, 2021 | 12:45 AM



PUSAT makanan Boon Lay Place Food Village akan ditutup selepas tujuh kes Covid-19 dikesan dalam kalangan mereka yang bekerja atau mengunjungi pusat makanan tersebut, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Dalam kenyataannya pada Khamis (22 Julai), MOH berkata kes tersebut dikesan menerusi siasatan pada jangkitan Covid-19 yang mungkin wujud dalam kalangan penjual ikan yang mengunjungi Pelabuhan Perikanan Jurong bagi mendapatkan bekalan ikan untuk dijual di pasar dan pusat makanan.



Pusat makanan ini akan ditutup kepada orang awam selama dua minggu mulai Jumaat bagi memutuskan rantaian jangkitan dan bagi membolehkan pembersihan terperinci premis ini, kata MOH.



Ujian Covid-19 percuma juga akan diberikan kepada orang awam yang telah mengunjungi pusat makanan Boon Lay Place Food Village dan Pasar dan Pusat Makanan Chong Pang antara 8 Julai dengan Khamis (22 Julai).



Terdapat 87 kes baru yang dikaitkan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong yang kini mempunyai 560 kes. Ada lima lagi kes yang menambah jumlah kes dalam kelompok Kasino Marina Bay Sands (MBS) yang kini mempunyai 15 kes.



Kasino MBS pula akan ditutup kepada orang awam mulai Khamis hingga 5 Ogos.



Lima kes baru ini dikaitkan dengan kelompok KTV yang kini mempunyai 221 kes. Tiada kelab KTV yang dikaitkan dengan kelompok ini pada Khamis.



Kini, terdapat 28 kelompok jangkitan aktif pada Khamis, dengan antara tiga hingga 560 kes jangkitan.



Singapura melaporkan sejumlah 170 kes Covid-19 baru pada Khamis termasuk 162 kes masyarakat dan lapan kes import. Terdapat 52 kes masyarakat yang tiada kaitan dengan kes terdahulu.



Dalam kalangan kes masyarakat ini, terdapat enam warga emas berusia melebihi 70 tahun yang belum menjalani vaksinasi dan berdepan dengan risiko menghidap penyakit serius.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >