Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Pusat Makanan Yuhua ditutup antara 5 hingga 19 Ogos susuli penemuan 7 kes

Aug 05, 2021 | 12:33 AM



PUSAT Makanan Yuhua di 347 Jurong East Avenue 1 akan ditutup kepada orang awam dari 5 hingga 19 Ogos setelah tujuh kes Covid-19 dikesan dalam kalangan individu yang bekerja atau berkunjung ke situ.



Kementerian Kesihatan (MOH), dalam kenyataannya pada Rabu (4 Ogos), berkata siasatan epidemiologi mendapati kemungkinan terdapat penularan jangkitan di pusat makanan ini.



Lantaran itu, bagi memutuskan rantaian jangkitan dan membolehkan premis ini dibersihkan secara terperinci, pusat makanan ini ditutup.



Semua individu yang bekerja di pusat makanan ini sudah dikuarantin dan akan diuji sewaktu tempoh kuarantin, tambah MOH.



Bagi segera memastikan jika ada sebarang kes jangkitan lain di situ, ujian Covid-19 percuma akan ditawarkan kepada orang awam yang mengunjungi Pasar dan Pusat Makanan Yuhua antara 21 Julai dengan 4 Ogos.



Orang ramai boleh lungsuri laman beralamat  https://go.gov.sg/yuhua-testing bagi mendapatkan butiran terkini tentang operasi ujian yang dikendalikan.



Semua pengunjung Pasar dan Pusat Makanan Yuhua dinasihatkan agar memantau kesihatan mereka secara rapi dan mengurangkan interaksi sosial seberapa yang boleh bagi tempoh 14 hari dari tarikh kunjungan atau interaksi.



Mereka digalakkan bertemu doktor segera jika terasa tidak sihat.



Pengesanan kes di Pusat Makanan Yuhua ini dibuat menyusuli siasatan MOH ke atas jangkitan Covid-19 di pasar dan pusat makanan yang kemungkinan wujud daripada kunjungan penjual ikan ke Pelabuhan Perikanan Jurong bagi mendapatkan bekalan untuk jualan di pasar dan pusat makanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >