Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Remaja S'pura dengan sejarah kembara ke UK antara 44 kes import baru

Jan 25, 2021 | 11:07 PM



SEORANG gadis Singapura berusia 19 tahun yang pulang dari United Kingdom pada 6 Disember lalu dan menjalani tempoh Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di sebuah kemudahan khusus hingga 20 Disember adalah antara 44 kes import jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti.



Dalam kenyataannya pada Isnin malam (25 Januari), Kementerian Kesihatan (MOH) menjelaskan ujian swab dikendalikan ke atas gadis ini pada 16 Disember ketika beliau dalam tempoh SHN. Hasilnya negatif.



Gadis ini tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan dan dikesan positif Covid-19 ketika beliau menjalani ujian prakeberangkatan Covid-19 pada 23 Januari sebagai persiapan kembali ke United Kingdom.



Hasil ujian itu yang diperolehi sehari selepas itu positif dengan beliau langsung digegaskan ke Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID).



Menurut MOH, nilai Ct gadis ini amat tinggi, memberi gambaran wujudnya muatan virus rendah dengan hasil ujian serologinya juga positif. Memandangkan ujian-ujian ini menunjukkan kemungkinan adanya jangkitan sebelum ini, MOH telah menyifatkan kes ini sebagai kes import berdasarkan sejarah kembaranya.



MOH menambah, gadis ini kemungkinan akan meluputkan cebisan virus RNA yang tidak lagi menjangkiti atau mudah berjangkit kepada orang lain.



Daripada sejumlah 44 kes import yang dikesan, empat kes adalah warga Singapura manakala dua kes pula Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang dari Indonesia, Malaysia, Belanda, United Kingdom dan Amerika Syarikat.



Tujuh kes pula adalah pemegang pas tanggungan dari India, Russia dan Amiriah Arab Bersatu (UAE). Satu kes pula adalah pemegang pas lawatan jangka panjang dari Amerika manakala tiga kes adalah pemegang pas pelajar dengan sejarah kembara dari Perancis, Indonesia dan Kazakhstan.



Enam kes pula adalah pemegang pas kerja dari Bangladesh, India, Jepun, Poland dan Sepanyol. Sebanyak 17 kes adalah pemegang permit kerja dari Bangladesh, India, Indonesia dan Malaysia dengan tiga daripada mereka merupakan pembantu rumah asing.  



Empat kes pula adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari India bagi mengunjungi saudara-mara yang merupakan warga Singapura atau PR Singapura.



Kesemua kes import ini sudah diberi SHN setibanya di Singapura. Mereka diuji positif Covid-19 ketika menjalani SHN. 



Tiada kes masyarakat atau dormitori dikesan. Secara menyeluruh, bilangan kes baru dalam masyarakat telah meningkat dari 10 kes dalam minggu sudah kepada 13 kes pada minggu selepas itu. Bilangan kes yang tiada kaitan dalam masyarakat pula berkurangan dari empat kes kepada tiga kes dalam tempoh serupa.



Sebanyak 25 kes pula sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Sebanyak 59 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.



Antara tempat yang disenaraikan dikunjungi kes Covid-19 pula adalah kedai Prata Wala di Jurong Point, kedai kopi S11 Eating Place di Kallang Place, Muzium Negara, Restoran Al Falah Barakah di Joo Chiat Place dan kedai ZARA di Marina Square.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >