Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Rumah penjagaan warga emas Orange Valley larang kunjungan, hanya benar panggilan telefon dan panggilan video bagi penghuni

Apr 01, 2020 | 08:54 PM



RUMAH penjagaan warga emas Orange Valley kini melarang semua lawatan dan hanya mengizinkan penghuni berhubungan dengan anggota keluarga dan kenalan menerusi telefon atau panggilan video.



Langkah ini, yang berkuatkuasa dari 1 April hingga 30 April akan disemak lagi selepas tarikh itu, kata jurucakap rumah penjagaan warga emas itu, dalam surat yang dikirimkan kepada keluarga penghuni. 



Ini selepas Kementerian Kesihatan (MOH) berkata warga emas lebih terdedah kepada jangkitan Covid-19 dan menggesa warga S'pura melindungi mereka baru-baru ini. 



Rumah penjagaan warga emas itu memaklumkan demikian dalam satu surat kepada keluarga penghuni rumah penjagaan mereka pada malam Rabu (1 Apr). 



"Warga emas merupakan golongan yang lebih mudah terdedah kesan kesihatan yang lebih teruk sekiranya mereka dijangkiti koronavirus," kata Orang Valley dalam surat tersebut.



"Menyusuli berita mengenai seorang penduduk sebuah rumah penjagaan setempat yang disahkan positif menghidap koronavirus, pihak pengurusan Orange Valley Nursing Home akan mengetatkan langkah berjaga-jaga supaya dapat melindungi penduduk kami," tambah surat itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >