Subuh
5:56
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Setempat0

Covid-19: S’pura percepat binaan dormitori pekerja asing tambahan di Lapangan Terbang Changi 

Apr 19, 2020 | 01:17 PM

Singapura sedang mempercepat binaan dormitori pekerja asing tambahan di Lapangan Terbang Changi yang diperlukan untuk menyokong projek binaan Terminal 5 yang kian merancak.

Selain mengurangkan ruang yang diperlukan di dormitori pekerja asing di tempat lain, dormitori baru di lapangan terbang ini juga menambah kepada lebih 2,900 ruang katil yang kini disediakan di sana, kata Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan 

Tambahnya, kesemua tiga dormitori yang ada di lapangan terbang pada masa ini telah dipertingkat dan lagi beberapa bangunan telah diubah suai untuk kegunaan pekerja asing yang memerlukan rawatan atau yang perlu dirawat secara berasingan.

“Sebarang pekerja asing yang mempunyai simptom demam kini boleh mendapatkan perhatian perubatan di tapak binaan, termasuk ujian swab, rawatan secara berasingan dan lain-lain lagi,” kata Encik Khaw, menulis di Facebook pada Ahad (19 April).

Menurut Encik Khaw, operasi harian di dormitori di lapangan terbang itu juga telah disesuaikan dengan tuntutan pemutus litar.

Ini termasuk pengasingan penghuni mengikut blok dan tingkat bilik mereka mengunakan gegelang berlainan warna, penutupan ruang memasak dan dewan makan serta peraturan jarak selamat tegas semasa bekerja.

“Ini memerlukan kami menganjurkan katering makanan...juga khidmat menghantar pulang wang, dengan kita menggesa pekerja beralih ke wadah elektronik untuk menghantar wang,” kata Encik Khaw yang berkata pekerja asing menghargai langkah-langkah ini dah tahu mereka lebih selamat di Singapura pada masa ini.

Menurut Encik Khaw, meskipun kebanyakan projek binaan telah digantung, projek lebih genting, seperti membina landasan ketiga di Changi masih diteruskan . 

 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map