Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Setempat

Covid-19: S’pura perluas sekatan masuk ke negara, hadkan himpunan

Mar 13, 2020 | 12:34 PM

SINGAPURA pada hari Jumaat (13 Mac) mengumumkan langkah-langkah baru membendung kes import Covid-19, termasuk lebih banyak sekatan sempadan dan langkah menjauhkan diri.

Antara langkah itu:

* Dari jam 11.59 malam Ahad (15 Mac), semua pengunjung baru yang telah ke Italy, Perancis, Sepanyol dan Jerman dalam tempoh 14 hari sebelumnya tidak dibenarkan masuk atau transit

* Dari pukul 11.59 malam Ahad, rakyat Singapura dan PR yang telah ke Italy, Perancis, Sepanyol dan Jerman dalam tempoh 14 hari yang lalu akan diberi Notis Duduk Rumah (SHN).

* Semua acara kebudayaan, sukan dan hiburan yang bertiket, dengan 250 peserta atau lebih, mesti ditangguhkan atau dibatalkan.

* Majikan harus mengambil langkah untuk mengurangkan hubungan rapat seperti melaksanakan telekomuting dan persidangan video, waktu kerja berlainan, dan membolehkan kakitangan untuk ulang-alik pada waktu kurang sibuk.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian