Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:12

Covid-19: S’pura sokong langkah Saudi pastikan keselamatan jemaah, kata Masagos

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Covid-19: S’pura sokong langkah Saudi pastikan keselamatan jemaah, kata Masagos

Mar 07, 2020 | 09:29 PM

SINGAPURA mengalu-alukan langkah pencegahan yang diambil Arab Saudi, termasuk melarang umrah buat sementara waktu, untuk memastikan keselamatan jemaah dan mengekalkan kesejahteraan Makkah and Madinah, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

“Keputusan ini mencerminkan keutamaan yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada kesihatan dan keselamatan jemaah dan masyarakat dunia, sejajar dengan ajaran Islam,” kata Encik Masagos dalam satu catatan di Facebook pada Sabtu (7 Mac).

Beliau menyampaikan sokongan Singapura ini kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Mohammad Saleh Bin Taher Benten melalui sepucuk surat.

Dalam surat itu, beliau juga berkongsi bahawa beliau telah meminta Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Islam Singapura (AMTAS) untuk bekerjasama dengan pihak ejen dan jemaah Singapura yang terjejas agar mereka faham betapa gentingnya langkah ini.

Baca laporan lepas:

https://www.beritaharian.sg/berita-utama/covid-19-masjidil-haram-dan-masjid-nabawi-ditutup-antara-isyak-dan-subuh

http://https://www.beritaharian.sg/dunia/koronavirus-saudi-larang-warga-dan-penduduk-sendiri-daripada-mengerjakan-umrah

https://www.beritaharian.sg/dunia/larangan-umrah-saudi-lebih-2000-jemaah-singapura-terjejas

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3