Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Safra Tampines dibersihkan, terus dibuka selepas kelompok dikesan

Aug 14, 2021 | 05:30 AM



SAFRA Tampines akan terus dibuka meskipun ia telah disifatkan sebagai kelompok baru jangkitan Covid-19 dengan sembilan kes dikait dengannya sehingga kelmarin.



Dalam kenyataannya semalam, Safra berkata enam individu yang telah diuji positif bagi koronavirus kali terakhir berada di Safra Tampines dari 6 Ogos hingga 10 Ogos.



Semua kontak rapat kes-kes ini yang dikenal pasti telah dikuarantin, kata kenyataan itu.



Kawasan yang dikunjungi enam individu itu juga telah dibasmi kuman mengikut garis panduan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Kelab itu berkata langkah-langkah pengurusan selamat akan diteruskan di semua premis Safra. Ini termasuk mengehadkan saiz kumpulan kepada lima orang.



Individu yang belum divaksinasi dinasihatkan supaya berkumpul secara berpasangan.



Individu yang telah divaksin sepenuhnya dibenarkan makan di tempat menjual makanan dan minuman (F&B) dalam kumpulan lima orang.



Mereka juga dibenarkan menyertai beberapa kegiatan dalam bangunan tanpa memakai pelitup, seperti badminton dan skuasy.



Langkah-langkah ini adalah sebahagian langkah-langkah yang dibezakan bagi orang yang divaksin, kata Safra dalam laman webnya.



Ini adalah kelompok kedua yang dikaitkan dengan kelab Safra sejak Covid-19 menular di Singapura tahun lalu.



Sebanyak 47 kes dikaitkan dengan kelompok di Safra Jurong yang dijejaki ke perayaan Tahun Baru Cina di salah sebuah restoran di sana.



Kelompok itu pertama kali diumumkan pada 5 Mac dan ditutup pada 13 April tahun lalu.



Salah seorang yang dijangkiti dalam kelompok itu ialah lelaki berusia 70 tahun yag diuji positif bagi virus itu pada 6 Mac dan meninggal dunia pada 14 April.



Kelmarin, Kementerian Kesihatan (MOH) juga mengumumkan kelompok baru di tajaka My Firsts Skoll di 54 Chin Swee Road.



Buat masa ini, ada 119 kelompok aktif di sini, yang mempunyai antara tiga dengan 1,151 kes Covid-19.



Jumlah kes baru dalam masyarakat telah berkurangan daripada 723 kes dua minggu lalu kepada 412 kes minggu lalu.



Bilangan kes tidak berkaitan juga telah berkurangan daripada 215 kes kepada 117 kes dalam tempoh yang sama.



Sehingga kelmarin, seramai 470 pesakit dimasukkan ke hospital, termasuk 36 pesakit yang memerlukan bantuan tambahan oksigen. Sembilan pesakit tenat dan sedang dirawat di unit jagaan rapi (ICU).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >