Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Scoot dilarang bawa penumpang S'pura-Hong Kong selama 2 minggu dek dua kes dikesan

Apr 15, 2021 | 08:13 PM



SYARIKAT penerbangan Scoot tidak akan dibenarkan membawa penumpang dari Singapura ke Hong Kong antara 16 dengan 29 April setelah dua kes Covid-19 dikesan pada satu penerbangannya awal bulan ini.



Larangan sementara oleh pihak berkuasa Hong Kong itu berikutan larangan terhadap syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA), yang buat masa ini tidak dapat membawa penumpang ke wilayah China sehingga 17 April.



Pusat Perlindungan Kesihatan Jabatan Kesihatan Hong Kong mengatakan dalam satu kenyataan pada Khamis (15 April) bahawa penerbangan Scoot T980 yang terbang ke Hong Kong dari Singapura pada 11 April disahkan membawa dua individu yang dijangkiti Covid-19.



Ia juga menambah salah seorang penumpang dalam penerbangan tersebut gagal mematuhi keperluan kesihatan yang ditetapkan.



Scoot telah mengesahkan dalam satu kenyataan berasingan bahawa ia telah diarah menggantung perkhidmatan penumpangan hariannya dari Singapura.



Syarikat tersebut menambah bahawa perkhidmatan penumpang dari Hong Kong ke Singapura tidak akan terjejas.



"Bagi penumpang yang terjejas bagi penerbangan TR980 yang berlepas bermula 16 April, Scoot akan memberikan tempahan semula jika boleh, atau menawarkan bayaran balik sepenuhnya.



"Scoot dengan tulus meminta maaf kepada pelanggan kami atas kesulitan yang timbul," kata Scoot. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >