Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Sebahagian khidmat jagaan kesihatan disambung selepas 1 Jun, ahli keluarga dibenar kunjung pesakit di hospital

May 22, 2020 | 11:14 PM



SEBAHAGIAN khidmat jagaan kesihatan yang digantung akibat Covid-19 akan disambung semula secara bertahap dan terkawal selepas tempoh pemutus litar berakhir pada 1 Jun.



Dalam kenyataannya pada Jumaat (22 Mei), Kementerian Kesihatan (MOH) berkata khidmat jagaan kesihatan akan dibuka menerusi dua fasa.



Menurut MOH, penyedia khidmat jagaan kesihatan akan memberi keutamaan bagi keperluan pesakit yang lebih genting. Ini bermakna khidmat seperti suntikan Botox atau khidmat yang tidak merawat penyakit akan terus digantung.



Khidmat jagaan kesihatan di hospital yang tidak boleh ditangguh lagi, antara lain seperti pembedahan katarak, sendi bagi pesakit kronik dan pemeriksaan kaki pesakit diabetes akan dimulakan semula.



Khidmat pencegahan, seperti vaksinasi flu dan prosedur pergigian juga boleh dimulakan, dengan syarat tertentu. Pemeriksaan kesihatan bagi rakyat Singapura yang bakal menjalani Perkhidmatan Negara (NS) juga akan disambung semula.



Selain itu, perkhidmatan berdasarkan masyarakat, termasuk kunjungan ke rumah dan perubatan tradisional Cina turut dibenar dimulakan semula dengan syarat tertentu.



Dalam fasa pertama, lima orang dari isi keluarga yang sama akan dibenar mendaftar untuk  mengunjungi seorang ahli keluarga yang dirawat di hospital. Hanya seorang dibenar melawat pada satu masa.



Menurut MOH, hospital juga boleh memperkenalkan langkah lain bagi mempertingkat langkah keselamatan dan pencegahan.



Kebanyakan khidmat jagaan kesihatan akan disambung semula dalam fasa kedua, kata MOH, tetapi ini bergantung kepada keadaan kadar jangkitan dalam masyarakat dan di dormitori.





“Menguruskan keadaan penularan pada masa ini dan mencegah pembentukan kelompok besar baru terus menjadi keutamaan kita,” kata MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >