Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Sebilangan besar kes import adalah pekerja asing di S'pura

Jul 27, 2020 | 11:24 PM



SEBILANGAN besar iaitu 11 daripada 15 kes import jangkitan Covid-19 yang baru dikenal pasti sehingga 12 tengah hari tadi (Isnin, 27 Julai) adalah pemegang pas kerja atau permit kerja yang buat masa ini bekerja di Singapura.



Mereka sampai ke Singapura dari India atau Filipina antara 14 dengan 15 Julai lalu. Dua kes pula adalah warga Singapura yang kembali ke Singapura dari India pada 15 Julai lalu. Lagi dua kes pula adalah pemilik pas tanggungan yang datang dari India pada 12 dan 14 Julai lalu.



Kesemua 15 kes ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah selama 14 hari sejurus sampai ke Singapura.



Demikian didedahkan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya malam ini (Isnin, 27 Julai). 



Awal tadi, MOH mengesan 469 kes baru jangkitan Covid-19 dengan 452 kes merupakan pemegang permit kerja yang menetap di dormitori pekerja asing.



Dua kes masyarakat pula berkait dengan kes atau kelompok sebelumnya dan dikesan hasil daripada proses imbasan proaktif pekerja di dormitori yang MOH kendalikan meskipun mereka tidak menampakkan sebarang tanda sakit.



Salah satu kes baru yang dikenal pasti berkait dengan empat kes sebelum ini lantas membentuk kelompok baru di 6 Sungei Kadut Street 2.



Lagi 171 kes jangkitan Covid-19 pula sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Kini terdapat 179 kes pula masih dirawat di hospital dalam keadaan mantap atau kian pulih.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >