Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Covid-19: Sekatan lebih ketat boleh kurang penyebaran, lindung pekerja barisan depan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Covid-19: Sekatan lebih ketat boleh kurang penyebaran, lindung pekerja barisan depan

May 14, 2021 | 09:42 PM

SEKATAN Covid-19 yang lebih ketat bukan hanya bertujuan mengurangkan penyebaran jangkitan dalam masyarakat, malah ia diperlukan untuk melindungi pekerja barisan hadapan.

Demikian dinyatakan Presiden Halimah Yacob dalam satu kiriman di Facebook pada Jumaat (14 Mei).

"Di tengah-tengah perayaan Hari Raya yang sugul, kita mendapat tahu hari ini mengenai sekatan yang diperketat ke atas perhimpunan sosial yang akan bermula pada Ahad. Tetapi saya yakin yang warga Singapura akan dapat menghadapi cabaran ini seperti yang telah kita lakukan dalam setahun yang lalu," katanya.

Beliau telah mengongsi pertemuannya dengan dua pekerja barisan hadapan, Fathul dan Ra'uf, semasa mengunjungi tempat kerja mereka.

"Saya berterima kasih dengan pekerja seperti Fathul dan Ra'uf, dan ramai lagi pekerja barisan hadapan lain yang telah berkhidmat sejak permulaan Covid-19 tahun lalu. Terima kasih di atas semua pengorbanan yang telah kamu lakukan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kita. Mari kita semua sekali lagi berusaha bersama-sama sehingga kita berjaya membendung virus ini," kata Puan Halimah.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3