Covid-19: Sekitar 200 orang didenda langgar perintah jarak selamat, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Covid-19: Sekitar 200 orang didenda langgar perintah jarak selamat

Apr 14, 2020 | 10:22 PM

Sekitar 200 orang didenda pada Selasa (14 April) kerana tidak mematuhi perintah jarak selamat di bawah langkah pemutus litar bagi mencegah penularan koronavirus, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Kata beliau dalam satu pos di Facebook pada Selasa (14 April), Pegawai Sekitaran (EO) masih lagi menemui orang yang didapati melepak, menduduk serta menjamu selera di tempat yang tidak dibenarkan berbuat demikian, melawati kawasan yang sudah dikepong dan bersenam bersama kenalan yang tidak tinggal serumah.

"Mereka juga berkelakuan agresif ketika disuruh untuk pulang," tambahnya.

Encik Masagos menjelaskan bahawa rangkaian EO dan Pegawai Polis kini yang bertanggunjawab bagi penguatkuasaan langkah jarak selamat juga diperluas untuk memastikan ia diambil dengan serius.

"Agensi-agensi yang terlibat dalam usaha ini juga telah mengerahkan sokongan relawan yang akan menambahkan jumlah rangkaian Duta Jarak Selamat (SDA) kami," katanya.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Sementara itu, beliau menggesa agar orang ramai terus mematuhi langkah jarak selamat dan memakai pelitup juga.

"Ini adalah supaya kami tidak harus mengerahkan jumlah EO yang ramai dan supaya mereka boleh menawarkan khidmat penting bagi anda pula," tambah Encik Masagos.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map