Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Setiap negara berdepan keadaan berbeza tetapi semua memerangi musuh sama, kata PM Lee

Apr 08, 2020 | 06:41 PM



MESKIPUN setiap negara berdepan keadaan berbeza di tengah-tengah pandemik Covid-19, mereka semua sedang melawan satu musuh yang sama dan harus bekerja rapat dengan satu sama lain, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada Rabu (8 April).


Beliau berkata demikian dalam satu mesej video bagi mesyuarat alam maya kedua untuk menteri kesihatan di rantau ini yang diadakan oleh pejabat rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor The Straits Times.


Mesyuarat itu bertemakan “Berdiri Bersama dalam Perpaduan untuk Melawan Covid-19”.


Dalam mesej video yang dimuat naik di Facebook itu, Encik Lee berkata beliau telah diundang untuk mengongsi usaha Singapura dalam menentang Covid-19.


"Singapura akan menjalankan peranannya, tetapi ia bukan perang yang kami hadapi sendirian. Covid-19 adalah krisis yang memerlukan semua negara untuk memeranginya bersama-sama. Singapura memandang ke WHO untuk terus memberi kepimpinan dan penyelarasan bagi respons sedunia yang berkesan. Bersama, kita mampu atasinya," kata Encik Lee.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >