Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: SingPost akan kendalikan 24 pejabat pos semasa tempoh 'pemutus litar'

Apr 06, 2020 | 04:15 PM

SEBANYAK 24 daripada 56 pejabat pos SingPost akan beroperasi dari Selasa (7 April) hingga 5 Mei untuk mengurangkan bilangan kakitangan yang bekerja, sejajar dengan langkah 'pemutus litar' yang dilaksanakan oleh pemerintah untuk membendung penyebaran koronavirus.


Semua perkhidmatan, termasuk perkhidmatan pos, pembayaran bil serta perkhidmatan perbankan dan pemerintah, akan terus ditawarkan di 24 pejabat pos itu, kata SingPost dalam satu kenyataan pada Isnin.


Semua pilihan layan diri, termasuk POPStations dan mesin SAM, juga akan terus beroperasi, dan pelanggan digalak menggunakan pilihan layan diri sejauh mungkin.


Pengiriman mel akan dijalankan seperti biasa di seluruh negara, namun mungkin terdapat beberapa kelewatan.


Barangan kecil, termasuk yang dijejaki, akan dimasukkan ke dalam peti surat jika muat untuk mengurangkan kontak, tambah SingPost.


Jika barangan terlalu besar, SingPost akan menghantarnya ke pintu pelanggan dengan kontak minimum dengan penerima.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >