Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Siswa Yale-NUS satu-satu kes masyarakat baru tiada kaitan dengan 9 kelompok

May 01, 2021 | 12:48 AM



SEORANG mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) yang berasal dari India adalah satu-satunya kes Covid-19 baru dalam masyarakat yang tiada kaitan dengan kelompok jangkitan yang terbentuk sejauh ini.



Sembilan kes masyarakat dikesan pada Jumaat (30 April) dengan lapan daripadanya berkaitan dengan kes sebelum ini.



Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya berkata, siswa itu menetap di kampus Yale-NUS College dan kali terakhir menghadiri kelas pada 12 April.



Beliau berada di India antara 21 Mac 2020 dengan 20 Januari 2021 dan merupakan kontak rapat dua kes Covid-19 yang disahkan di India.  



Siswa ini diuji positif Covid-19 oleh Pusat Kesihatan Universiti NUS selepas demam, sakit tekak dan sakit badan pada 26 April dan mula mengasingkan dirinya di bilik.



Dalam pada itu, kini terdapat sembilan kelompok yang terbentuk dalam masyarakat melibatkan kes pekerja pembersihan dari Vietnam, kakitangan dan pesakit Hospital Tan Tock Seng (TTSH), felo penyelidikan kanan di NUS, keluarga pegawai imigresen, warga India yang mengunjungi keluarganya, dormitori Westlite Woodlands, kru kapal Indonesia, akauntan OM Universal dan warga Colombia dari Papua New Guinea.



Memberi keterangan lanjut mengenai kes tambahan kelompok TTSH, MOH berkata salah seorang daripada mereka adalah pekerja pembersihan warga China yang dikesan dalam ujian kakitangan Wad 9D. Beliau telah menjalani dua suntikan vaksinasi pada 27 Januari dan 22 Februari.



Seorang lagi merupakan pesakit 77 tahun yang dirawat di Wad 9D dan dibenarkan pulang ke Rumah Jagaan United Medicare Centre (Toa Payoh) sebelum dikesan mempunyai koronavirus.



Satu lagi kes melibatkan pesakit 65 tahun yang dirawat di Wad 9C dan dikesan dalam sebahagian ujian proaktif TTSH bagi pesakit pada 29 April.



Doktor lelaki warga Singapura berusia 36 tahun yang bertugas di Institut Neurosains Nasional juga antara yang positif Covid-19 dalam kelompok TTSH. Doktor ini telah menjalani vaksinasi pada 21 Januari dan 24 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >