Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Skim pelepasan pendapatan diperluas kepada individu bekerja sendiri yang mempunyai sedikit pendapatan pekerjaan, nilai tahunan hartanah lebih tinggi

Apr 06, 2020 | 03:52 PM

SKIM Pelepasan Pendapatan bagi Individu yang Bekerja Sendiri (Sirs) akan diperluas untuk merangkumi orang yang bekerja sendiri yang juga menerima pendapatan kecil daripada pekerjaan, serta mereka yang tinggal di hartanah dengan nilai tahunan hingga $21,000.


Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengumumkan peningkatan ini di Parlimen pada Isnin (6 April) sebagai sebahagian daripada belanjawan ketiga untuk membantu penduduk Singapura mengharungi wabak Covid-19.


Sirs, yang pertama kali diumumkan pada 26 Mac, akan mengagihkan wang tunai sebanyak $9,000 dalam tempoh sembilan bulan untuk individu yang bekerja sendiri yang layak.


Tetapi ada yang merasakan kriterianya terlalu ketat.


Ia sebelum ini tidak merangkumi mereka yang tinggal di hartanah dengan nilai tahunan lebih $13,000 dan mereka yang memperolehi sebarang pendapatan sebagai pekerja.


Dengan peningkatan ini, kira-kira 100,000 individu yang bekerja sendiri layak untuk skim itu - naik daripada 88,000 sebelumnya - dan akan menerima $3,000 pada Mei, Julai dan Oktober tahun ini.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >