Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Covid-19: SMRT ingatkan penumpang usah berbual semasa naik MRT

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Covid-19: SMRT ingatkan penumpang usah berbual semasa naik MRT

Apr 01, 2021 | 05:30 AM

MULAI semalam, kakitangan SMRT yang bertugas di stesen MRT telah mula memegang poster dengan kata-kata: "Please Refrain From Talking" atau "Tolong Elak Daripada Berbual" sebagai sebahagian daripada kempen terkini dalam usaha mengurangkan risiko penularan Covid-19 di pengangkutan awam.

Tujuannya adalah untuk mengingatkan penumpang agar tidak berbual di telefon atau bersama orang lain apabila menaiki MRT.

Langkah itu seiring dengan langkah Singapura melonggarkan sekatan Covid-19 untuk membenarkan sehingga 75 peratus pekerja firma yang bekerja di rumah untuk kembali ke tempat tugas pada satu-satu masa mulai 5 April ini - berbanding hanya 50 peratus kini.

SMRT berkata: "Penumpang kadangkala mungkin terlupa (untuk mengelakkan diri daripada bercakap), dan kami ingin mengingatkan mereka secara lembut untuk membantu dalam memastikan pengangkutan awam kita selamat menerusi daya usaha ini."

SMRT juga telah memuat naik video di laman Facebooknya untuk menyebarkan mesej yang sama.

Ini adalah untuk menekankan lagi nasihat kepada penumpang, dan ia bertujuan mencegah titisan daripada tersebar dalam ruang tertutup.

Sudah terdapat petanda yang diletakkan di kereta api MRT seperti "Silent rides, do what's right", atau "Perjalanan senyap, lakukan apa yang betul".

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3