Covid-19: SPH dan Samsung derma tablet berita kepada pesakit dan individu dikuarantin, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
4:00
Maghrib
7:03
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Covid-19: SPH dan Samsung derma tablet berita kepada pesakit dan individu dikuarantin

Mar 06, 2020 | 12:21 PM

SINGAPORE Press Holdings (SPH) dan Samsung akan mendermakan tablet berita kepada pesakit Covid-19 dan individu yang dikuarantin di pelbagai institut penjagaan kesihatan di negara ini.

Dilancarkan tahun lalu, Tablet Berita SPH memberi pengguna akses kepada versi elektronik The Straits Times, Berita Harian, dan akhbar Cina Lianhe Zaobao, Lianhe Wanbao dan Shin Min Daily News.

Turut didermakan ialah akhbar, akses kepada berita digital, majalah dan buku terbitan syarikat itu.

Kumpulan pertama tablet dan bahan bacaan itu telah dihantar ke Hospital Besar Changi pada Jumaat (6 Mac).

SPH berkata inisiatif ini diharapkan dapat mengurangkan tekanan emosi dan mental pesakit Covid-19 yang diasingkan, dan membolehkan mereka untuk terus mengikuti berita terkini melalui platform dan produk SPH.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SPH, Encik Anthony Tan berkata: "Melalui inisiatif yang bermakna ini, SPH berharap dapat memainkan peranan dalam membawa keriangan kepada pesakit dan individu yang terjejas oleh Covid-19 dan langkah kawalan kesihatan yang berkaitan.”

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map