Subuh
5:50
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Covid-19: S'pura lapor 5,324 kes baru; MOH pantau lonjakan kes

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Covid-19: S'pura lapor 5,324 kes baru; MOH pantau lonjakan kes

Oct 27, 2021 | 11:37 PM

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) melaporkan 5,324 kes jangkitan Covid-19 baru di Singapura pada Rabu (27 Oktober) yang terdiri daripada 4,651 kes dalam kalangan masyarakat, 661 kes di dormitori pekerja migran dan 12 kes import.

MOH berkata angka jangkitan luar biasa tinggi kerana banyak kes Covid-19 dikesan dalam masa beberapa jam pada tengah hari Rabu.

Pihak kementerian sedang meninjau tambahan di luar kebiasaan ini dalam masa yang singkat ini dan akan memantau rapi trend sedemikian bagi beberapa hari mendatang.

Seramai 10 orang antara usia 54 hingga 96 tahun pula meninggal dunia kerana komplikasi berkaitan Covid-19. Semua daripada mereka mempunyai kondisi perubatan kecuali seorang individu yang belum divaksin, tambah MOH tanpa mendedahkan butiran lanjutan.

Ini menjadikan jumlah kes kematian Singapura mencecah 349 kes.

Rabu adalah hari ke-38 berturut-turut di mana kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di Singapura.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.15.

Dalam pada itu, kes masyarakat yang dilaporkan pada Rabu melibatkan 728 warga emas berusia melebihi 60 tahun manakala jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Singapura sejak pandemik bermula tahun lalu adalah 184,419 kes.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3