Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Suami pramugari SIA satu-satunya kes baru masyarakat, 9 lain kes import

Feb 23, 2021 | 12:22 AM



SEORANG perancang acara berusia 43 tahun merupakan satu-satunya kes masyarakat yang dikenal pasti dalam kalangan 10 kes jangkitan Covid-19 baru pada Isnin (22 Februari).



Beliau merupakan suami kepada pramugari Singapore Airlines (SIA) berusia 41 tahun yang disahkan menghidap koronavirus pada 9 Februari lalu.



Kementerian Kesihatan (MOH), dalam kenyataannya pada Isnin malam, menyatakan lelaki ini tidak bertugas sejak 1 Februari. Beliau dikenal pasti sebagai kontak rapat pramugari berkenaan dan dikenakan kuarantin pada 9 Februari.



Ujian swab yang dijalani pada 9 Februari didapati negatif Covid-19. Namun, beliau hilang deria menghidu pada 15 Februari sewaktu kuarantin tetapi tidak melaporkan tanda tersebut. 



Pada 20 Februari, beliau demam dan merawat dirinya sendiri sekali lagi tanpa memberitahu MOH tentang tanda tersebut. Pada keesokan harinya, beliau menjalani ujian Covid-19 sebagai sebahagian protokol menguji individu sewaktu kuarantin.



Ujiannya didapati positif pada hari yang sama lantas beliau dikejarkan ke Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID).



Menurut MOH, ujian serologinya negatif, menandakan kemungkinan terdapat jangkitan baru. Beliau juga diuji bagi strain virus B117 dengan keputusannya masih dinantikan.



MOH menambah, individu dalam kuarantin atau Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) diperlukan memberitahu segera tanda jangkitan yang dialami serta melaporkan status kesihatan mereka kepada MOH setiap hari.



Mereka diberi senarai tanda jangkitan Covid-19 untuk diperhatikan serta arahan melaporkan keadaan mereka pada awal tempoh pengasingan.



"Kami mengingatkan individu ini agar bertanggungjawab secara sosial dan melaporkan tanda jangkitan mereka segera walaupun ia di peringkat awal atau kelihatan ringan," kata MOH lagi.



Baki sembilan kes lain yang dikesan pada Isnin adalah kes import. Tiada kes dormitori dikesan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >